PROGRAM KHATAN TNB 2025

Kompleks Balai Islam An-Nur dengan sukacitanya menganjurkan Program Khatan TNB 2025 yang akan berlangsung pada:

📅 20 Disember 2025 (Sabtu)
📍 Kompleks Balai Islam An-Nur, Ibu Pejabat TNB, Bangsar
👥 Terbuka kepada ahli keluarga warga kerja TNB dan Anak Syarikat (tetap/kontrak) sekitar Lembah Klang (Ibu Pejabat, Selangor, Putrajaya/Cyberjaya).

📞 Rahim : ‪012‑926 9354‬

Program ini dianjurkan bagi memudahkan ibu bapa melaksanakan tuntutan syariat dalam suasana yang selesa, selamat dan teratur. Pasukan perubatan bertauliah akan mengendalikan proses berkhatan menggunakan kaedah moden yang lebih cepat, selesa dan mesra kanak-kanak.

DAFTAR PENYERTAAN

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PROGRAM KHATAN TNB 2025

  • Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga kerja TNB dan Anak Syarikat (tetap/kontrak) sekitar Lembah Klang (Ibu Pejabat, Selangor, Putrajaya/Cyberjaya) yang beragama Islam serta keluarga.
  • Yuran penyertaan sebanyak RM100 seorang  dan hanya penyertaan dengan bayaran lengkap akan didaftarkan secara rasmi.
  • Kuota program adalah terhad kepada 90 peserta sahaja dan penyertaan diterima mengikut prinsip first come, first served selagi slot masih tersedia.
  • Peserta wajib ditemani ibu bapa atau penjaga sepanjang program, serta sebarang maklumat berkaitan kesihatan anak mesti dimaklumkan dengan tepat bagi memastikan keselamatan dan kelancaran proses berkhatan.

SOALAN-SOALAN LAZIM

Siapa yang layak menyertai Program Khatan TNB 2025 ini?
Program ini khas untuk ahli keluarga warga kerja TNB sahaja di sekitar Lembah Klang (Ibu Pejabat, Selangor, Putrajaya/Cyberjaya), termasuk anak lelaki atau tanggungan yang didaftarkan di bawah staf TNB.
Berapakah umur minimum untuk menyertai program ini?
Cadangan umur adalah 5 tahun ke atas, bergantung kepada kesediaan dan keyakinan anak. (Lahir pada tahun 2020 dan kebawah)
Apakah kaedah khatan yang digunakan?
Program ini dikendalikan oleh pasukan perubatan bertauliah yang menggunakan kaedah moden, cepat dan selamat. Kaedah ini mengurangkan rasa sakit, menjimatkan masa dan memudahkan penjagaan selepas khatan.
Adakah makanan disediakan sepanjang program?
Jamuan disepanjang program ini, disediakan.
Bagaimanakah proses pendaftaran dan pembayaran?
Ibu bapa perlu mengisi borang pendaftaran secara online dan membuat pembayaran RM100 seorang bagi mengesahkan tempat. Pengesahan penyertaan akan dihantar melalui email atau WhatsApp selepas pembayaran diterima.

Hikmah Berkhatan

Berkhatan adalah sunnah fitrah yang memberi manfaat kesihatan dan spiritual kepada seorang Muslim.

Hadis:
“Lima perkara yang termasuk dalam fitrah: berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan memendekkan misai.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Hubungi

Pegawai Dihubungi

Ustaz Khairul Razikin               : 013-330 7087
Ustaz Muhammad Syahmi     : 017-640 8349
Ustaz Muhammad Idrus Idlan : 019-285 2460          

Alamat

Kompleks Balai Islam An-Nur, TNB HQ
154, Jalan Bangsar
59100 Kuala Lumpur