SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PROGRAM BERKHATAN TNB 2026
- Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga kerja TNB dan Anak Syarikat (tetap/kontrak) yang beragama Islam serta keluarga.
- Bayaran penyertaan sebanyak RM100 seorang perlu dibuat bagi mengesahkan tempat dan hanya penyertaan dengan bayaran lengkap akan didaftarkan secara rasmi.
- Kuota program adalah terhad kepada 60 peserta sahaja dan penyertaan diterima mengikut prinsip first come, first served selagi slot masih tersedia.
- Peserta wajib ditemani ibu bapa atau penjaga sepanjang program, serta sebarang maklumat berkaitan kesihatan anak mesti dimaklumkan dengan tepat bagi memastikan keselamatan dan kelancaran proses berkhatan.
PENYERTAAN BERKHATAN
Program Berkhatan TNB 2026
Perakuan dan Kebenaran
Saya, ibu bapa/penjaga sah kepada peserta di atas, mengaku dan bersetuju seperti berikut:
- Saya memahami bahawa berkhatan (sirkumsisi) ialah prosedur pembedahan kecil untuk membuang kulup, dijalankan dengan bius setempat oleh pengamal perubatan bertauliah menggunakan kaedah laser/diatermi.
- Saya telah dimaklumkan tentang manfaat berkhatan, iaitu memenuhi tuntutan agama, memudahkan penjagaan kebersihan dan mengurangkan risiko jangkitan tertentu pada kulup/kepala zakar dan saluran kencing.
- Saya telah dimaklumkan tentang risiko dan komplikasi, termasuk kesakitan, pendarahan, bengkak dan lebam, jangkitan luka, penyembuhan lambat, reaksi alahan terhadap ubat/bius, kulit terlalu banyak atau terlalu sedikit dibuang, parut atau perlekatan, dan komplikasi jarang tetapi serius seperti kecederaan kepala zakar (“head cut”) serta kecederaan saluran kencing.
- Saya faham bahawa komplikasi boleh berlaku walaupun prosedur dilakukan oleh pengamal berpengalaman mengikut piawaian, dan jika berlaku, pasukan perubatan akan memberi rawatan awal dan merujuk ke hospital jika perlu.
- Saya mengesahkan bahawa maklumat kesihatan anak saya dalam borang saringan adalah benar dan lengkap, dan saya akan memaklumkan jika ada perubahan sebelum prosedur.
- Saya akan mematuhi arahan penjagaan selepas berkhatan dan menghubungi klinik/hospital jika terdapat tanda amaran.
- Saya telah diberi peluang bertanya, soalan saya telah dijawab, dan saya berpuas hati dengan penerangan yang diberi. Anak saya juga telah diterangkan mengikut kefahamannya.
- Saya membenarkan We-Care Clinic dan penganjur menggunakan maklumat peribadi anak saya bagi tujuan program, rekod perubatan dan insurans, secara sulit selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
- Saya membenarkan gambar/video anak saya diambil untuk tujuan dokumentasi program.
- Saya dengan sukarela memberi kebenaran kepada doktor dan pasukan We-Care Clinic untuk menjalankan prosedur berkhatan ke atas anak saya.
Hubungi
Pegawai Dihubungi
Ustaz Khairul Razikin : 013-330 7087
Ustaz Muhammad Syahmi : 017-640 8349
Ustaz Muhammad Idrus Idlan : 019-285 2460
Ustaz Muhammad Syahmi : 017-640 8349
Ustaz Muhammad Idrus Idlan : 019-285 2460
Alamat
Kompleks Balai Islam An-Nur, TNB HQ
154, Jalan Bangsar
59100 Kuala Lumpur
