KOMPLEKS BALAI ISLAM AN-NUR

"Tidak ada amalan anak Adam yang paling dicintai oleh Allah pada hari Nahr (Aidiladha) selain dari menyembelih korban. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, bulu dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darahnya akan sampai kepada Allah sebelum ia jatuh ke bumi. Maka bersihkanlah jiwa kamu dengannya."

Riwayat: al-Tirmizi, Ibnu Majah – Hasan​

Terima kasih kepada semua peserta dan petugas Majlis Ibadah Korban TNB 2025

IBADAH KORBAN 1446H/2025M

Tenaga Nasional Berhad (TNB) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta, petugas, dan tetamu yang telah meluangkan masa untuk hadir serta menjayakan Majlis Ibadah Korban TNB 2025.

Penglibatan dan komitmen semua pihak amat kami hargai dalam memastikan kelancaran ibadah korban dan pengagihan juadah ukhuwah. Semoga segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan diberkati dan diterima oleh Allah SWT, serta menjadi asbab mengukuhkan ukhuwah sesama kita dalam komuniti TNB.

Terima kasih atas sokongan dan semangat kebersamaan yang ditunjukkan. Moga kita terus diberi kesempatan untuk bersama dalam program seumpama ini pada masa akan datang, insya-Allah.

Tarikh Pelaksanaan Korban :
Hari Selasa,
10 Jun 2025 / 13 Zulhijah 1446H

(Hari Raya Ke-4)
Masa : 8.00 pagi – 3.00 petang
Tempat : Kelab Kilat TNB Bangsar

Tarikh Pelaksanaan Korban :
Hari Selasa, 10 Jun 2025 / 13 Zulhijah 1446H (Hari Raya Ke-4)
Masa : 8.00 pagi – 3.00 petang
Tempat : Kelab Kilat TNB Bangsar

Amalan Sunat untuk Orang yang Melaksanakan Ibadah Qurban

1. Disunatkan kepada individu yang melakukan Ibadah Qurban supaya tidak menggunting atau mencukur rambut dan memotong kuku apabila masuknya 1 Zulhujjah dan berkekalan sehinggalah dia menyempurnakan penyembelihan Qurbannya.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
Sesiapa memiliki binatang Qurban yang ingin disembelihnya, kemudian dia melihat anak bulan Zulhijjah, maka janganlah dia menggunting rambut dan memotong kukunya walaupun sedikit sehinggalah dia menyembelih Qurban terlebih dahulu.
(Riwayat Muslim)

Larangan menggunting rambut dan memotong kuku dalam hadis tersebut bukanlah larangan haram sebaliknya hanya larangan makruh.Hikmah di sebalik larangan itu supaya individu yang melaksanakan Ibadah Qurban dapat menyerupai orang yang sedang berihram haji iaitu penyamaan dari segi wajah kerana tidak bercukur rambut dan memotong kuku.
Imam Nawawi R.H: Supaya anggota yang terdapat pada badannya itu semuanya akan bebas dari api neraka.

2. Berpuasa sunat bermula 1 Zulhijjah hingga 9 Zulhijjah. 9 Zulhijjah adalah Hari Arafah yang mana sangat-sangat digalakkan kita berpuasa.

Sabda Rasulullah SAW,
Puasa pada hari Arafah dapat menghapuskan dosa-dosa setahun lalu dan tahun yang akan datang.
(Riwayat Muslim)

3. Memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT. (Tasbih, Tahmid, Takbir & Tahlil)

4. Melakukan amal soleh seperti membaca Al Quran, solat sunat, bersedekah dan lain-lain lagi.

Muat Turun E-Book Panduan Ibadah Korban

Dapatkan e-book ringkas berkenaan hukum, syarat, tatacara pelaksanaan dan hikmah di sebalik ibadah korban. Sesuai untuk peserta, keluarga dan sesiapa yang ingin memahami ibadah korban menurut syariat Islam.

Waktu Solat

Waktu Solat

Imsak
Subuh
Syuruk
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
Waktu Solat Seterusnya
JAM
:
MINIT
:
SAAT

Hubungi

Pegawai Dihubungi

Encik Abdul Latif Husain         :     013-256 9813
Ustaz Muhammad Syahmi     :     017-6408349
Ustaz Muhammad Idrus Idlan :     019-285 2460          

Alamat

Kompleks Balai Islam An-Nur, TNB HQ
154, Jalan Bangsar
59100 Kuala Lumpur