PROGRAM KHATAN TNB 2025
Kompleks Balai Islam An-Nur dengan sukacitanya menganjurkan Program Khatan TNB 2025 yang akan berlangsung pada:
📅 20 Disember 2025 (Sabtu)
📍 Kompleks Balai Islam An-Nur, Ibu Pejabat TNB, Bangsar
👥 Terbuka kepada ahli keluarga warga kerja TNB dan Anak Syarikat (tetap/kontrak) sekitar Lembah Klang (Ibu Pejabat, Selangor, Putrajaya/Cyberjaya).
📞 Rahim : 012‑926 9354
Program ini dianjurkan bagi memudahkan ibu bapa melaksanakan tuntutan syariat dalam suasana yang selesa, selamat dan teratur. Pasukan perubatan bertauliah akan mengendalikan proses berkhatan menggunakan kaedah moden yang lebih cepat, selesa dan mesra kanak-kanak.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PROGRAM KHATAN TNB 2025
- Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga kerja TNB dan Anak Syarikat (tetap/kontrak) sekitar Lembah Klang (Ibu Pejabat, Selangor, Putrajaya/Cyberjaya) yang beragama Islam serta keluarga.
- Yuran penyertaan sebanyak RM100 seorang dan hanya penyertaan dengan bayaran lengkap akan didaftarkan secara rasmi.
- Kuota program adalah terhad kepada 90 peserta sahaja dan penyertaan diterima mengikut prinsip first come, first served selagi slot masih tersedia.
- Peserta wajib ditemani ibu bapa atau penjaga sepanjang program, serta sebarang maklumat berkaitan kesihatan anak mesti dimaklumkan dengan tepat bagi memastikan keselamatan dan kelancaran proses berkhatan.
SOALAN-SOALAN LAZIM
Siapa yang layak menyertai Program Khatan TNB 2025 ini?
Berapakah umur minimum untuk menyertai program ini?
Apakah kaedah khatan yang digunakan?
Adakah makanan disediakan sepanjang program?
Bagaimanakah proses pendaftaran dan pembayaran?
Hikmah Berkhatan
Berkhatan adalah sunnah fitrah yang memberi manfaat kesihatan dan spiritual kepada seorang Muslim.
Hadis:
“Lima perkara yang termasuk dalam fitrah: berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan memendekkan misai.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Hubungi
Pegawai Dihubungi
Ustaz Muhammad Syahmi : 017-640 8349
Ustaz Muhammad Idrus Idlan : 019-285 2460
Alamat
Kompleks Balai Islam An-Nur, TNB HQ
154, Jalan Bangsar
59100 Kuala Lumpur
