Penghargaan Kepada Penyumbang & Sukarelawan Ihya' Ramadan 1447H/2026
Program Ihya’ Ramadan 1447H/2026 di Kompleks Balai Islam An-Nur TNB tidak akan berjaya tanpa sokongan semua pihak.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para sukarelawan serta penyumbang atas segala tenaga, masa dan sumbangan.
Semoga setiap amal diterima oleh Allah SWT serta dikurniakan pahala dan keberkatan.
Program Imarah Hujung Minggu Balai Islam
Kuliah Tadabbur Surah Pilihan
Surah Al-'Asr
Ust. Fazrul Ismail
Membentuk Produktiviti & budaya Orang Beriman
Tarikh: Sabtu, 28 Februari 2026
Kelas Fun Learning With Quran
Tarikh: Sabtu, 28 Februari 2026
Masa: 12:00 tghr - 6:15 ptg
Yuran peserta: RM10
Terhad untuk 120 peserta terawal sahaja.
Kuliah Tadabbur Surah Pilihan
Surah Al-Mulk
Ust. Zainal Abidin Abdul Rahim
Unlocking Ihsan: Memahami Tujuan Hidup
Tarikh: Sabtu, 7 Mac 2026
Bengkel Asas Penulisan Khat
Tarikh: Sabtu, 7 Mac 2026
Masa: 12:00 tghr - 6:15 ptg
Yuran peserta: RM10
Terhad untuk 100 peserta terawal sahaja.
Kelas Self Defense for Kids
Tarikh: Sabtu, 14 Mac 2026
Masa: 04:30 tghr - 6:30 ptg
Yuran peserta: RM10
Terhad untuk 60 peserta terawal sahaja.
PERISTIWA PENTING DALAM BULAN SYAWAL
🕌 Hari Raya Aidilfitri – 1 Syawal
Hari kemenangan bagi umat Islam setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Ia disambut dengan penuh kesyukuran melalui solat sunat Aidilfitri, ziarah-menziarahi, serta mempereratkan silaturrahim. Hari ini juga menjadi simbol penyucian diri dan kembali kepada fitrah.
🌙 Puasa Sunat 6 Hari Syawal
Umat Islam digalakkan berpuasa enam hari di bulan Syawal selepas Aidilfitri. Ganjarannya sangat besar, seolah-olah berpuasa sepanjang tahun. Amalan ini juga melengkapkan kekurangan yang mungkin berlaku dalam ibadah puasa Ramadan.
⚔️ Perang Uhud – 3 Hijrah
Perang Uhud berlaku pada bulan Syawal tahun ke-3 Hijrah. Ia merupakan pertempuran antara umat Islam dan kaum Quraisy. Walaupun menghadapi ujian getir, peristiwa ini memberi pengajaran penting tentang kepatuhan kepada arahan Rasulullah dan disiplin dalam perjuangan.
💍 Perkahwinan Nabi Muhammad SAW dengan Saidatina Aisyah RA
Peristiwa perkahwinan Baginda dengan Saidatina Aisyah RA disempurnakan pada bulan Syawal. Ia menunjukkan bahawa bulan Syawal adalah bulan yang baik untuk mendirikan rumah tangga, sekaligus menolak kepercayaan karut masyarakat Arab Jahiliyyah yang menganggapnya tidak sesuai.
🤝 Amalan Ziarah & Silaturrahim
Bulan Syawal sinonim dengan budaya ziarah-menziarahi keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Amalan ini memperkukuhkan ukhuwah Islamiah, saling bermaafan serta menghapuskan persengketaan yang lalu.
🏠 Amalan Rumah Terbuka & Sedekah
Konsep rumah terbuka menjadi amalan mulia dalam bulan Syawal. Ia memberi peluang untuk berkongsi rezeki, mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai latar belakang, serta menyemai nilai kesyukuran dan keprihatinan sosial.
AYAT PILIHAN
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Surah al-Baqarah: 261
Hubungi
Pegawai Dihubungi
Ustaz Khairul Razikin : 013-330 7087
Ustaz Muhammad Syahmi : 017-640 8349
Ustaz Muhammad Idrus Idlan : 019-285 2460
Alamat
Kompleks Balai Islam An-Nur, TNB HQ
154, Jalan Bangsar
59100 Kuala Lumpur
