Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah berjaya menganjurkan Sambutan Aidiladha TNB Peringkat Korporat 1447H / 2026M yang menghimpunkan warga kerja Muslim serta ahli-ahli Persatuan Kebajikan Pekerja Islam (PKPI) Ibu Pejabat TNB dalam suasana penuh kesyukuran dan ukhwah. Program yang merangkumi pelaksanaan ibadah korban dan Juadah Ukhuwah ini telah dianjurkan dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam (UHEI), PKPI, Pelitawanis dan Kelab Kilat TNB.
Tarikh: Sabtu, 30 Mei 2026 (bersamaan 13 Zulhijjah 1447H)
Masa: 8.00 pagi – 3.00 petang
Lokasi: Dewan Serbaguna Kelab Kilat TNB, Bangsar
Sambutan ini telah berlangsung dengan lancar dan mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada warga kerja TNB. Selain memberi peluang kepada peserta untuk melaksanakan ibadah korban, program ini turut menjadi platform bagi mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kebersamaan serta memperkukuhkan nilai-nilai murni dalam kalangan warga kerja. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta yang telah memilih untuk bersama-sama menjayakan program ini.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Sesiapa memiliki binatang Qurban yang ingin disembelihnya, kemudian dia melihat anak bulan Zulhijjah, maka janganlah dia menggunting rambut dan memotong kukunya walaupun sedikit sehinggalah dia menyembelih Qurban terlebih dahulu.”
(Riwayat Muslim)
Hubungi
Pegawai Dihubungi
Encik Abdul Latif Husain : 013-256 9813
Ustaz Muhammad Syahmi : 017-6408349
Ustaz Muhammad Idrus Idlan : 019-285 2460
Alamat
Kompleks Balai Islam An-Nur, TNB HQ
154, Jalan Bangsar
59100 Kuala Lumpur
