Agenda Program
Program Ibadah Korban TNB 2026 / 1447H
Solat Subuh berjemaah
Balai Islam An-Nur TNB
Kehadiran & pendaftaran petugas & peserta korban
Sarapan Pagi
Ruang legar Kasa Café
Ketibaan lembu di tapak sembelihan
Tapak sembelihan TNB
Aktiviti sembelihan, melapah, menyisir/memotong daging & membungkus
Tapak sembelihan TNB
Jamuan Makan Aidiladha
Dewan Serbaguna Kelab Kilat TNB
Agihan daging korban kepada fakir miskin
Kaunter agihan & tempat yang telah dikenalpasti
Pengagihan daging korban kepada peserta korban & penerima awam
Kaunter agihan berhadapan Kelab Kilat TNB
Program tamat & bersurai
Terima kasih atas kehadiran dan kerjasama semua.
Amalan Sunat untuk Orang yang Melaksanakan Ibadah Qurban
1. Disunatkan kepada individu yang melakukan Ibadah Qurban supaya tidak menggunting atau mencukur rambut dan memotong kuku apabila masuknya 1 Zulhujjah dan berkekalan sehinggalah dia menyempurnakan penyembelihan Qurbannya.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Sesiapa memiliki binatang Qurban yang ingin disembelihnya, kemudian dia melihat anak bulan Zulhijjah, maka janganlah dia menggunting rambut dan memotong kukunya walaupun sedikit sehinggalah dia menyembelih Qurban terlebih dahulu.”
(Riwayat Muslim)
Larangan menggunting rambut dan memotong kuku dalam hadis tersebut bukanlah larangan haram sebaliknya hanya larangan makruh.Hikmah di sebalik larangan itu supaya individu yang melaksanakan Ibadah Qurban dapat menyerupai orang yang sedang berihram haji iaitu penyamaan dari segi wajah kerana tidak bercukur rambut dan memotong kuku.
Imam Nawawi R.H: Supaya anggota yang terdapat pada badannya itu semuanya akan bebas dari api neraka.
2. Berpuasa sunat bermula 1 Zulhijjah hingga 9 Zulhijjah. 9 Zulhijjah adalah Hari Arafah yang mana sangat-sangat digalakkan kita berpuasa.
“Puasa pada hari Arafah dapat menghapuskan dosa-dosa setahun lalu dan tahun yang akan datang.”
(Riwayat Muslim)
3. Memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT. (Tasbih, Tahmid, Takbir & Tahlil)
4. Melakukan amal soleh seperti membaca Al Quran, solat sunat, bersedekah dan lain-lain lagi.
KOMPLEKS BALAI ISLAM AN-NUR
Hubungi
Pegawai Dihubungi
Encik Abdul Latif Husain : 013-256 9813
Ustaz Muhammad Syahmi : 017-6408349
Ustaz Muhammad Idrus Idlan : 019-285 2460
Alamat
Kompleks Balai Islam An-Nur, TNB HQ
154, Jalan Bangsar
59100 Kuala Lumpur
